Wednesday, 18 December 2013

Rantai emas di dalam perut penjenayah

 Seorang pencuri di Miami terjerat selepas mesin pengimbas di penjara menunjukkan terdapat dua rantai emas di dalam perutnya.
Joseph Bravo Ramos, 21, ditahan pada 11 Disember lalu sehari selepas sebuah kediaman di Safety Harbor dilaporkan dipecah masuk. 
Walaupun pada awalnya Ramos ditahan kerana memandu dengan cuai, polis mendapati bahawa kereta Chevrolet Tahoe 2005 yang dipandunya dilaporkan hilang selepas kejadian rompakan itu.

Ketika di penjara, dia diarahkan berjalan melalui mesin Imbasan SecurPass yang kemudian menunjukkan “imej gelap” di dalam perutnya, menurut Tampabay.com.
Foto
IMEJ rantai emas (dalam bulatan merah) yang kelihatan di dalam perut Ramos (gambar kecil) selepas diimbas mesin SecurPass.

Imej itu ialah dua rantai emas yang ditelan Ramos sebelum dia dihantar ke penjara.

Ramos kemudian diarah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rantai berkenaan di sebuah hospital sebelum barang kemas terbabit dikenal pasti milik mangsa yang dirompaknya.

Ramos yang didakwa dengan tuduhan merompak turut dituduh menyembunyikan bukti fizikal barang rompakannya. Dia kini ditahan di penjara Pinellas dengan ikat jamin AS$15,000 (RM48,767).
Mesin imbasan SecurPass yang mengimbas tubuh manusia dipasang di penjara itu Jun lalu.

Menurut jabatan polis, mesin itu boleh mengesan logam, pil, plastik, dadah dan “bahan luar biasa lain yang mungkin disembunyikan tahanan”. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog