Tuesday, 17 December 2013

Doktor: Hanya kerana mahu mengikuti Syiah kami dilayan seperti penjenayah

Seorang doktor yang dituduh di mahkahamah syariah di Perak kerana memiliki buku berkaitan Syiah mendakwa dilayan secara sangat tidak adil hanya kerana kepercayaan yang mahu diamalkannya.

"Kami dilayan secara sangat tidak adil," Nur Azah Abdul Halim, 41, dilapor sebagai berkata kepada The Wall Street Journal. 

"Kami dilayan seperti penjenayah hanya kerana mahu mengikuti Islam Syiah."

Nur Azah pada 20 Ogos lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Taiping terhadap tuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah. 

Beliau dan Mohammad Ridzuan Yusof, 31, didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Usaha akhbar itu mendapatkan ulasan Mohammad Ridzuan tidak berhasil.

Pendakwaan terhadap mereka berdua ekoran fatwa negeri tahun lalu yang sependapat dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 yang mengharamkan buku yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Mereka ada buku yang diharamkan. Jadi bila haram, kamu tidak boleh menyimpannya," Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dipetik sebagai berkata.

NONESementara itu, sarjana dan penulis Mohd Faizal Musa (kanan) yang bukunya diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malayssia (Jakim) dilaporkan berkata, kebimbangan itu ekoran populariti Syiah meningkat ekoran perkembangan media sosial.

Menurutnya, bagi sebahagian generasi muda, Syiah dilihat sebagai alternatif kepada Islam Sunni.

"Generasi lebih muda pengikut Syiah menggunakan Facebook, Twitter dan blog untuk menunjukkan identiti mereka, termasuk menuntut hak-hak mereka," kata Faizal yang terkenal dengan nama pena Faisal Tehrani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog