Sunday, 15 December 2013

Remaja dikenakan 142 tuduhan kerana gambar di Instagram



Seorang sherif di Palm Beach County , Florida, baru-baru ini terserempak halaman Instagram Dupree Johnson, 19 dan menyedari bahawa Johnson mempunyai rekod jenayah silam yang membabitkan kecurian besar, rompakan dan pemilikan senjata api, timbalan sheriff tersebut memutuskan untuk melihat gambar-gambarnya dan mendapati Johnson menaik turun gambar dengan barang-brang curi.


Pihak berkuasa dengan cepat mengeluarkan waran geledah untuk rumah Johnson di Lake Worth , Florida

Hasilnya, sepucuk Glock ditemui di bawah penutup tempat tidur dan pistol Tec -9 9mm yang dicuri dan masih sarat dengan peluru. Selain itu juga perhiasan yang bernilai $ 250,000, barangan elektronik dan senjata api.

Pasukan penyiasat percaya bahawa Johnson mungkin telah salah seorang daripada beberapa orang yang bertanggungjawab untuk sebanyak 40 kes kecurian di Pantai Boynton, Florida. 

Dupree Johnson telah didakwa dengan 142 tuduhan feloni kerana memiliki senjata api serta peluru. 

Apabila penyiasat bertanyakan pekerjaannya, Johnson menjawab: “pencuri.

Kini, Johnson di dalam penjara sebagai ganti ikat jamin $ 60,000 manakala laman Instagramnya iaitu “Duce22ceritfied” tidak lagi wujud.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog