Thursday 18 December 2014

Pegawai Polis Bawa Kejutan Untuk Wanita Si Pencuri Telur



Kisah ini adalah satu kisah yang menyayat hati dan satu perbuatan yang boleh dijadikan teladan kepada semua orang. Sebagai Pegawai Polis, mereka terikat dalam melaksanakan undang-undang. Namun Pegawai Polis juga adalah seorang insan dan budi bicara dalam melaksanakan sesuatu kes adalah perlu kerana ada kisah disebalik kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah persalah. Ada sebab musabab mereka itu melakukan kesalahan.


Awal bulan lalu, Helen dan keluarganya yang terdiri daripada dua anak perempuan, seorang anak saudara dan dua cucu terpaksa berlapar selama dua hari kerana tidak mampu untuk membeli makanan.


Berbekalkan wang sebanyak $1.25 (RM4.37), Helen pergi ke sebuah pasaraya dengan harapan dapat membeli beberapa biji telur.


Malangnya, wang tersebut tidak mencukupi sehingga memaksanya menyembunyikan lima biji telur di dalam poket bajunya.


Ternyata Helen bukanlah ‘pencuri hebat’ kerana telur tersebut pecah sekaligus menyebabkan dia ditahan dan pihak pasaraya telah menghubungi polis.


Bagaimanapun, pegawai yang dihantar ke lokasi, William Stacy mengambil keputusan yang mengejutkan iaitu dengan tidak menahan wanita itu.


Sebaliknya, dia membeli satu karton telur untuk Helen selepas berbincang dengan pengurus pasaraya itu.


“Dia mula menangis, sangat beremosi dan memohon maaf. Dia juga cuba memberi wang yang ada padanya kepada saya,” kata William.


Seminggu kemudian, Helen dikejutkan dengan kehadiran pegawai polis itu bersama beberapa lagi pegawai yang lain di kediamannya di Tarrant, Alabama.







Kali ini, mereka membawa dua trak penuh makanan hasil sumbangan orang ramai selepas video kejadian di pasaraya itu tersebar.


“Kali terakhir saya melihat makanan penuh di rumah ialah ketika tinggal di rumah nenek sewaktu berusia 12 tahun. Saya menangis sepanjang hari,” ujar Helen penuh kesyukuran.


Bagi William pula, keputusan yang diambilnya pada hari kejadian itu telah menjadikan kehidupan keluarga tersebut lebih baik dari sebelum ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog