Kali ni kami saja nak berkongsi dengan korang beberapa perkara budak tahun 90 an selalu main. Berbeza dengan zaman sekarang yang hanya tahu main ipad dan gajet.
Salah satu kegemaran utama kami adalah menangkap ikan laga di kawasan sawah padi setiap kali waktu hujan. Nampak je buih putih, berbunga bunga hati kami time tu kerana konpem dapat ikan laga. Jom tengok koleksi perkara rare budak budak tahun 90 main dulu. Legend ni
1. Kita suka kumpul pensel tekan-tekan jenama shakers tanpa sebab. Budak yang kumpul paling banyak masa tu pasti akan dilebel orang kaya dalam kelas.
2. Kita suka kumpul pemadam yang ada bendera negara. Tradisi perlawanan pemadam antara 2-5 orang di dalam gelangang ‘Meja’ diamana siapa yang menang akan dapat semua pemadam.
3. Siapa yang memiliki Digimon , anda secara ajaibnya digelar orang paling hensem dan paling popular di sekolah
4. Kereta Tamiya merupakan satu trend ketika itu. Kita akan cari longkang yang panjang untuk dijadikan litar tamiya. Perlumbaan biasanya melibatkan 2-5 orang
5. Kad pokemon juga pernah menjadi trend
6. Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!
7. Ni game orang kampung selalu main
8. Kita biasa main penutup botol lepas habis kelas
9. Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban
10. Dan jangan lupa juga, lepas habis sekolah kita mula cari belalang dan pepatung di belukar. Siapa dapat paling besar , dia paling hebat. Berudu ni antara perkara yang best.
No comments:
Post a Comment