Friday, 15 August 2014

Tembak ibu bapa kerana dikongkong

Agensi
CALLENS (kiri) dan isterinya, Elena yang mati selepas ditembak oleh anaknya sendiri di rumah mereka di Texas pada Isnin lalu.


HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.
Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan serta kakinya digari.
Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.
Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.
Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di kepala dan tangan.
Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.
Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan melayari internet dan menonton filem ganas.
- Agensi
kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog