Tuesday, 25 November 2014

7 Item Eksotik Yang Dijual Oleh Pasaraya Di China Yang Pelik Dan Gila!


Ketika melangkah ke mana-mana pasar raya pun, selalunya pengguna akan mendapati item yang dijual lebih kurang sama dengan pasar raya lain, yang berbeza mungkin cuma tawaran harga.

Namun, suasana di sesetengah pasar raya di China berbeza apabila sesetengah item yang dijual merupakan bahan mentah yang terlalu pelik, eksotik dan menakutkan untuk ditemui di tempat lain!


Contohnya seperti di bawah ini:


1. Bukan calang-calang jerung yang dijual, tetapi jerung putih yang dikenali sebagai pemangsa ganas di dasar laut.


2. Anak buaya ini bukan hiasan tetapi pastinya untuk jualan. Fikir-fikir balik, mesti susah nak siang kulit buaya ni kan?


3. Anda bukan berada di zoo tau, tetapi di pasar raya! Ya, katak, kura-kura dan penyu ini memang untuk dijual kepada penggemar makanan eksotik.


4. Cuba teka ini apa? Ya, hidung khinzir juga ada peminatnya sendiri.


5. Longgokan daging yang dijual di bahagian ini merupakan daging campur yang tidak dinyatakan jenis haiwan. Kalau lembu atau kambing, okaylah. Tapi kalau daging tikus, kucing atau anjing, tak ke kes naya?


6. Bahagian ini menjual pelbagai jenis telur dari pelbagai haiwan.


7. Mungkin air berperisa cola ataupun strawberi terlalu biasa, maka di pasaran China ada dijual air berperisa daging itik, burger keju dan macam-macam lagi yang tak terjangkau dek akal.


mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog