Wednesday, 10 December 2014

"Jangan Sesekali Balik Ke Malaysia"


“Jangan sesekali pulang semula,” kata Khairy dalam tweetnya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman twitternya hari ini meminta supaya aktivis muda Ali Abdul Jalil yang kini lari ke Sweden mencari perlindungan politik agar tidak kembali lagi ke Malaysia.


Petikan tweet Khairy Jamaluddin

Kenyataan itu sebagai reaksi Khairy kepada kemas kini Ali di laman Facebooknya yang menyatakan bahawa dia sudah pun menerima kad suaka politik daripada kerajaan Sweden.

Ali sebelum ini banyak menulis kutukan dan penghinaan kepada institusi beraja di Malaysia melalui laman sosial Facebooknya.

“Sekarang aku pegang kad suaka, bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin (Perjanjian Suaka).

“Aku tak tertakluk bawah undang-undang bangsat kerajaan UMNO,”
kata Ali di laman Facebooknya.

Ali bertindak lari ke Sweden selepas ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan-kenyataan yang menghina Sultan di laman Facebooknya.

Semalam, kerajaan telah pun membatalkan pasport Ali dan seorang lagi iaitu blogger seks Alvin Tan yang turut melarikan diri ke Amerika Syarikat mencari suaka politik. 

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog