Sunday, 7 December 2014

Si Angkuh Alvin Cabar Zahid Batalkan Passportnya Segera

Selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa Malaysia milik Alvin Tan secepat mungkin, Alvin tampil menjawab dengan angkuh di laman Facebooknya.


Alvin berkata menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut tetapi tiada kredibiliti untuk melaksanakannya.
“Anda tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.
“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara Malaysia,” katanya angkuh.
AlvinPasport_1
Menurut Alvin, tindakan pembatalan pasport hanya akan memberikan tanggungjawab kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk memulangkan pasport miliknya ke Malaysia.
Sebaliknya, tindakan itu hanya akan mempercepatkan proses permohonan ‘suaka politik’ di Amerika Syarikat.
Menurutnya, kehilangan pasport bukan bermaksud kehilangan warganegara dan dia berkata akan mendapat dokumen perjalanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beratu (PBB) yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat.
Alvin sebenarnya merupakan seorang tertuduh bersama pasangan kekasih seksnya, Vivian Lee di bawah Akta Hasutan.
Mereka berdua dituduh memuatnaik kandungan kontroversi di internet berkaitan memakan ‘Bak Kut Teh’ untuk berbuka puasa yang jelas menghina agama Islam.
Baru-baru ini, dia dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya.
Tan dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada mana-mana pihak.
Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Zahid dalam kenyataannya berkata tindakan membatalkan pasport akan menyebabkan Alvin hilang kelayakan berada di mana-mana lokasi di luar negara kerana tidak lagi mempunyai keizinan atau kebenaran daripada negara asal.
“Kita boleh lakukannya secepat mungkin… malah boleh dilakukan pada hari Isnin nanti,” katanya.
Daripada kenyataan angkuh dan bongkak si Alvin, dan sudah malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, elok batalkan sahaja lah taraf warganegaranya.

sumber:mynewshub.my

1 comment:

  1. Minta maaflah ,nak komen sikit ,Inilah hakikat undang undang kat MALAYSIA ,undang undang dah ada ,penguatkuasaannya cukup lemah , sampai rakyat pun berani mencabar nya , Sampai bila benda ni nak berterusan ,Saya sentiasa menyokong kerajaan ,tapi buatlah sesuatu agar undang undang kerajaan dihormati semua warganegara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog