Tidak hairanlah jika Liu Lingchao digelar 'Orang Siput.'
Liu, 39, mendapat idea untuk menjimatkan kos dan sanggup berjalan kaki selama tiga hari dari kampungnya ke bandar Guangxi semata-mata untuk mencari rezeki dengan menjual sampah yang dikutipnya.
Dia yang selesa tidur di rumah mudah alihnya tidak kisah untuk menghabiskan masa dengan berjalan.
Liu mengakui ia bukan mudah, namun itulah pilihan terbaik untuk membolehkannya meneruskan kehidupan.
"Hidup saya mula berantakkan sejak enam tahun lalu selepas kematian ayah. Manakala rumah tangga saya hancur selepas isteri meninggalkan saya.
"Ketika itu saya menyedari perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi kemurungan. Kerana itu, satu-satunya cara yang saya fikirkan ialah mengumpul sampah, botol plastik dan barangan yang boleh dikitar semula.
"Tetapi tempat terbaik untuk menjual barangan itu ialah di bandar lebih besar. Malangnya kehidupan di bandar besar begitu mahal. Saya terpaksa memikirkan pilihan lain," katanya.
Liu menghargai gelaran yang diberikan oleh penduduk tempatan kerana tahu mereka sudah biasa melihatnya berjalan dengan membawa muatan di atas bahunya.
"Saya mendapat idea membuat rumah bergerak untuk memudahkan saya. Saya akan memikul semuanya dan berjalan ke bandar untuk mengutip sampah dan menjualnya.
"Apabila semuanya selesai, saya akan berjalan pulang. Saya tidak perlu membayar apa-apa untuk penginapan dan kos perjalanan," katanya.
Katanya, dia menghiasi rumah mudah alihnya sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu janggal ketika melalui kawasan mewah. Malah secara tidak langsung itu juga menjadi punca pendapatan sampingan apabila ada yang sanggup membayarnya untuk bergambar.
Ruang di dalam rumah 'siput' Liu
"Inilah rumah saya. Mungkin nampak tidak seberapa tetapi cukup memenuhi keperluan saya," katanya-HarianMetro
No comments:
Post a Comment