Tuesday, 9 December 2014

Lelaki Rakam Selfie Pertama di Puncak Bangunan Tertinggi Di Dunia


Jurugambar warga Britain Gerald Donovan memilih lokasi menakjubkan untuk merakam selfie pertamanya-Burj Khalifah di Dubai-bangunan ter­tinggi di dunia.


Donovan, 47, merakam gambar luar biasa dirinya untuk menyiapkan projek 360 Dubai.

Projek itu membenarkan sesiapa saja melawat bandar itu secara interaktif.

"Saya tidak gemar berselfie. Seingat saya, ini kali pertama saya melakukannya. Tambahan pila, ia peluang terbaik untuk dilepaskan," katanya.

Donovan yang berasal dari Cheltenham dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu sejak tujuh tahun lalu, menggunakan kamera panoramik khas yang dikawal oleh aplikasi iPhone untuk merakam gambarnya di ketinggian 830 meter.

Dubai360.com yang akan dilancarkan pada Januari 2015 akan membolehkan pengguna 'melancong' ke seluruh Dubai dengan hanya menyentuh butang dan ia termasuk pemanda­ngan panoramik 36 jam dari puncak Burj Khalifa.

"Penonton boleh berinteraksi menerusi video, menentukan sendiri arah mana mereka hendak melihat, termasuk mengezum dekat dan jauh bagi meneliti sesuatu de­ngan lebih terperinci.

"Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada.

"Dengan menontonnya menerusi Internet, orang ramai dapat merasakan seolah-olah mereka mengelilingi Dubai," secara lebih dekat," katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog