Wednesday, 10 December 2014

Erin Malek Tidak Kisah Bergelar Ibu Pada Usia Yang Muda


Keputusan pelakon ini untuk menamatkan zaman bujang pada usia 20 tahun baru baru ini pun cukup untuk mengejutkan ramai pihak maklumlah nama sedang meningkat naik. Namun, itu bukan masalah buat Erin Malek yang kini sudah dua bulan bergelar isteri.


Bercakap kepada GUA di majlis pelancaran Magnum Cafe, Kuala Lumpur baru baru ini Erin Malek turut berkata yang beliau tidak kisah untuk bergelar ibu pada usia muda dan akan menerima sebarang kurniaan cahayamata dalam masa terdekat dengan hati terbuka.


“Setakat ini, belum lagi ada tanda-tanda kehamilan. Memang ada ramai yang bertanya, walau pun usia berkahwinan Erin dan suami baru masuk dua bulan. Kalau boleh, suami memang mahukan anak seawal yang mungkin. Cuma, kami anggap belum ada rezeki lagi,”
ujarnya.

Erin Malek juga menambah yang beliau tidak mahu terburu buru dalam soal anak kerana mereka berdua kini masih dalam fasa berbulan madu dan akan terbang ke London pula pada penghujung Disember ini untuk percutian mereka berdua.

“Suami seorang yang memang suka berjalan, dan itu adalah hobinya yang dikongsi sama dengan saya. Jadi kami tak kisah berbelanja untuk tujuan itu,” tambahnya.

#32 Erin Malek Tak Kisah Bergelar Ibu Di Usia Muda - ROTIKAYA
rotikaya.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog