Tuesday, 9 December 2014

Penyokong Vietnam Ancam Balas Dendam Terhadap Penyokong Malaysia

Masih isu perlawanan bola sepak kontroversi antara Malaysia menentang Vietnam pada pusingan separuh akhir pertama yang berakhir dengan kekecohan penonton kerana merusuh, semalam.


Akibat tindakan tak bertanggungjawab segelintir individu yang berlagak ‘samseng’ dan mencederakan penyokong pihak lawan, kini situasi sama dikhuatiri bakal dialami penyokong Malaysia yang bakal ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk aksi timbal balik pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.
Melalui beberapa ‘posting’ di laman sosial, ada individu yang membuat ugutan dengan menulis serta meletakkan foto senjata bagi menakutkan para penyokong skuad Harimau Malaya apabila datang ke Vietnam kelak.
Untitled
UntitledIMG-20141208-WA0014
Situasi tersebut tidak seharusnya dipandang enteng oleh pihak-pihak berwajib, antaranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga pihak keselamatan Vietnam.
Walaupun ia hanya ugutan melalui medium laman sosial, tak mustahil ada penonton yang membawa masuk senjata tersebut bagi melunaskan dendam terhadap penyokong Malaysia.
Memahami mentaliti rakyat Vietnam yang ganas, maka kemungkinan penyokong Malaysia hilang nyawa itu memang ada.
Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti”
Pandangan di atas yang diluahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tentang kegusarannya bagi aksi timbal balik kelak nyata berasas!
Bila melibatkan soal nyawa, pihak bertanggungjawab perlulah menggandakan kawalan dan sekatan terutama ketika penonton hendak masuk ke dalam stadium.
Buat individu ‘kurang cerdik’ yang menimbulkan huru-hara di Stadium Shah Alam, inilah akibatnya kalau bertindak melulu tanpa berfikir. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog