Monday, 8 December 2014

Orangutan Ditemui Mati Dengan 40 Kesan Peluru Pada Badan

Seekor orangutan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo dengan 40 kesan tembakan senapang angin pada tubuhnya, dedah pertubuhan perlindungan haiwan, Borneo Orangutan Survival Foundation.


Orangutan betina itu dikatakan ditemui rabu lalu dalam keadaan kritikal sebelum mati dalam ladang kelapa sawit yang terletak di Kalimantan Tengah, membuktikan bahawa perbuatan membunuh spesis terancam ini masih berterusan.
Orangutan merupakan spesis terancam apabila bilangannya berkurang secara mendadak ekoran kegiatan penebangan hutan bagi membuka ladang kelapa sawit dan tanaman kertas yang berleluasa.
Keputusan X-ray menunjukkan liang peluru pada tubuh otangutan yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Tengah, Rabu lalu.
“Keputusan x-ray menunjukkan terdapat 10 peluru pada kepala, 8 di kaki kiri dan pelvis, 18 pada kaki kanan dan pelvis serta 6 lagi di bahagian dada dan tangan kanan,” dedah pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan akhbar.
Difahamkan, bahagian kaki kanan sebelah atas haiwan primat tersebut turut didapati patah dan terdapat luka berulat padanya selain badan yang kurus kering kerana tidak makan dalam tempoh lama.
Orangutan itu dipercayai diperlakukan dengan kejam tiga hari sebelum ia ditemui.
Antara bukti kekejaman terhadap orangutan yang harus diambil serius sebelum spesis ini lenyap selama-lamanya.
Menerusi pendedahan ini pertubuhan tersebut berharap komitmen dan tindakan tegas diambil baik oleh pihak kerajaan mahu pun sektor swasta untuk melindungi spesis orangutan sebelum ia terus pupus. 


MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog