Penjara merupakan tempat bagi banduan yang menghabiskan hukuman didalamnya tetapi setiap penjara berbeza kerana ada sesetengah penjara menjalani hukuman yang kejam dan ganas. Berikut merupakan 7 penjara paling kejam dan ganas di dunia.
1.Carandiru Prison: (Brazil)
Penjara ini sempat membuat heboh dunia sebab terjadi rusuhan besar yang melibatkan antara geng di dalam penjara tersebut pada tahun 1992, untuk menghentikan rusuhan yang terjadi antara banduan, pihak polis Brazil menurunkan pasukan lengkap dengan senjata lengkap.
2. Bang Kwang Prison (Thailand)
Penjara ini lebih dikenali sebagai Bangkok Hilton “. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak sesuai lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan warden . Para banduannya dirantai. Khabarnya banyak banduan jadi gila akibat stress bila bulan pertama di tahanan itu.
Standard perkhidmatan di penjara ini sangat minimum sekali sebut saja perkhidmatan kesihatan banduan yang sakit di penjara ini akan di biarkan menahan kesakitan hingga mati.
3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)
Penjara ini dibangunkan akibat adanya serangan terhadap warden penjara oleh banduan di penjara yang ada di seluruh amerika, untuk menjaga keselamatan warden dari serangan para banduan penjara ini mengunakan sitem keselamatan yang sangat ketat terhadap banduan di penjara ini akan merasakan tekanan metal dan kemurungan stress sebagai neraka di gelarkan oleh banduan . Banduan tidak di izinkan keluar dari ruang tahanan dan harus menghabiskan masa di dalam sel.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk yang tak dapat dilupakan bagi mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling buruk dari yang terburuk. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak tetapi ada juga yang mendakwa dia membunuh diri.
4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)
Penjara ini lebih di kenali sebagai “The Rock”, atau “Devil Island” dibangunkan pada tahun 1920-an segala ketidakselesaan ada di penjara ini. Terletak di tengah pulau membuat banduan terputus hubungan antara keluarga bukan hanya itu sahaja, mereka juga mendapat tekanan mental kerana dilayan dengan kejamnya dari warden dan ketua warden yang membuat peraturan yang sunguh tidak berperikemanusian. Sesetengah mereka dilarang saling bercakap cakap antara sendiri jika ketahui mereka akan di pukul oleh banduan yang gila. Pada tahun 1963 penjara ini ditutup untuk selamanya.
5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)
Pada tahun 1930′ an pengelolan penjara ini penuh dengan rasuah sampailah muncul pengarah baru penjara yang membawa perubahan terhadap penjara ini namun seblum pengarah baru ini mengubah penjara ini perlakuan buruk yang diterima oleh para banduan sungguh tidak berperikemanusiaan. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yg diberi nombor, mereka makan dengan berhimpit himpit. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu. Di penjara ini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara banduan kerap terjadi.
6. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)
Penyeksaan brutal terhadap banduan membuat penjara ini menjadi terkenal. Pada 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyeksaan yg berlebihan dari penjaga penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan bunuh diri di selnya kearna tak tahan dengan suasana penjara yang menyebabkan tekanan, pada 2003.
7. La Sante Prison: (Paris, Perancis)
Sama dengan penjara penjara kejam yang lain, nyawa di dalam penjara ini tidak mempunyai nilai sedikit pun, perlakuan kejam dan brutal oleh warden penjara terhadap banduan membuat banduan menjadi terseksa dan tertekan dan akhirnya membuat banduan menjadi gila dan stress. Perhambaan antara warden dan juga banduan. Kes perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari. Tak hairan kalau banyak banduan yang tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dikhabarkan terjadi 122 kes bunuh diri (banduan). Disusuli 73 banduan pada pertengahan 2003.
7. La Sante Prison: (Paris, Perancis)
Sama dengan penjara penjara kejam yang lain, nyawa di dalam penjara ini tidak mempunyai nilai sedikit pun, perlakuan kejam dan brutal oleh warden penjara terhadap banduan membuat banduan menjadi terseksa dan tertekan dan akhirnya membuat banduan menjadi gila dan stress. Perhambaan antara warden dan juga banduan. Kes perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari. Tak hairan kalau banyak banduan yang tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dikhabarkan terjadi 122 kes bunuh diri (banduan). Disusuli 73 banduan pada pertengahan 2003.
No comments:
Post a Comment