Sunday, 22 December 2013

Lelaki merompak dirompak semula



                                     
Seorang lelaki Texas dirompak beberapa minit selepas merompak sebuah bank.

Larry Paulos dikatakan memberikan slip wang  yang trtulis perkataan “bom” di belakangnya kepada juruwang di Educational Employees Credit Union pada hari Selasa lepas.

Juruwang itu pada mulanya menyangka dia hanya bergurau, tetapi tidak lama kemudian menyedari bahawa Larry memang mahu merompak tempat itu. Juruwang itu kemudiannya memberikan lebih dari $5,000 dalam bentuk wang tunai sebelum Larry melarikan diri. Larry yang berpakaian t-shirt “i<3 Texas itu dirakam oleh kamera pengawasan.

Beberapa jiran turut menghubungi 911 kerana semasa Larry sedang berjalan balik ke apartmentnya, beberapa keping wang yang dirompaknya telah terjatuh dari begnya sepanjang laluan perjalanannya.

Jirannya juga melaporkan beberapa minit selepas Larry balik ke apartmentnya, dua lelaki berbadan sasa mengekorinya ke dalam rumahnya, kemudian keluar semula membawa beg yang Larry bawa sebentar tadi.

Apabila polis sampai ke apartment Larry, Larry bukan sahaja memakai baju yang sama iaitu “ I <3 Texas” tetapi dia juga mengalami pendarahan di kepalanya. Larry dan rakan sebiliknya memaklumkan bahawa Larry baru sahaja dirompak.

Rakan sebiliknya juga memberitahu polis bahawa beberapa hari sebelum ini, Larry memberitahunya bahawa dia merancang untuk merompak bank. 

Larry menghadapi tuduhan merompak, manakala orang yang dilaporkan merompaknya masih belum ditangkap. Rakan biliknya juga turut ditangkap.

Sebelum ini terdapat juga kes di mana pada bulan Mei yang lepas,  seorang lelaki yang cuba untuk mencuri telefon bimbit seorang wanita dilanggar oleh bas serta-merta. Walaubagaimanapun, dia hanya mengalami kecederaan kecil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog