Sepasang kembar berusia 17 tahun, iaitu Janeah dan Janesah
Goheen maut akibat kemalangan kereta pada 31 oktober lepas di Oak Harbor, Wash.
Kembar tersebut sebelum itu memuat naik gambar di Twitter
dan mengatakan mereka tidak sabar untuk percutian musim bunga akan datang.
Kemalangan ngeri yang meragut nyawa Janeah Goheen juga
telah membawa kepada kematian Janesah Goheen , yang telah dikejarkan ke Pusat
Perubatan Harborview di Seattle dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung
hidup pada alatan hospital.
Walaubagaimanapun, remaja popular yang sangat gemar nyanyi
dengan kembarnya itu meninggal dunia hari Isnin, dikelilingi oleh keluarga dan
rakan-rakan.
“Ini adalah saat
paling lama mereka pernah berpisah” kata seorang paderi. “Seorang diambil serta-merta manakala
seorang lagi bertahan selama mana yang mampu”
Kereta yang dipandu kembar itu musnah akibat dari kemalangan
itu. Seorang rakan mereka bagaimanapun terselamat dari kemalangan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira 5 petang di lebuh raya yang
basah di Oak Harbor , Washington.
Semasa kejadian tersebut, seorang lelaki yang berusia 52
tahun sedang memandu apabila dia memecut laju apabila tiba di persimpangan
jalan menyebabkan kereta itu menyeberang masuk ke lalu lintas dari arah hadapan dan
kemudiannya melanggar kereta yang dipandu kembar tersebut.
Remaja-remaja tersebut sedang menuju ke rumah hantu dalam
sambutan perayaan Halloween pada malam tersebut.Blackstock dilaporkan kelihatan terjejas, dan telah ditahan
kerana disyaki pembunuhan kenderaan dan serangan kenderaan.
Craig Cardinal, detektif Washington State Patrol , kata
darah Blackstock akan diuji untuk menentukan sama ada dia telah dipengaruhi
oleh ubat atau dadah malam itu.
Kakak kepada kembar Goheen itu iaitu Jessica Goheen , juga meninggal dunia dalam
kemalangan kereta lima tahun lalu pada usia 24.
Janesah dan Janeah Goheen , 17, tidak dapat dipisahkan , dan
sentiasa mengambil gambar bersama-sama. Satu peringatan untuk kedua-dua
dirancang untuk hari Sabtu di Sekolah Tinggi Oak Harbor di Washington.
No comments:
Post a Comment