Friday, 7 November 2014

Rusa "Vampire" Muncul Semula Selepas 60 Tahun!


Seekor spesies rusa "vampire" bertaring yang hampir pupus akhirnya berjaya ditemui dan diabadikan gambarnya dengan kamera selepas 60 tahun. Kashmir musk deer ini ditemui oleh pasukan Wildlife Conservation Society (WCS) yang sedang melakukan survey di bahagian timur laut Afghanistan. Kali terakhir ia ditemui pada tahun 1948.

Kashmir musk deer ini lebih dikenali sebagai rusa vampire kerana mempunyai dua taring. Ia merupakan harta paling bernilai bagi Afghanistan.


Walaupun bertaring seperti vampire, Kashmir tidak menggunakan taringnya untuk menghisap darah. Menurut pakar zoologi, taring tersebut digunakan untuk melindungi pasangannya ketika musim mengawan.


Sejak berabad-abad lalu, kelenjar rusa ini digunakan untuk rawatan atau pembuatan minyak wangi.

Di pasaran gelap, harga kelenjar rusa ini bernilai US $ 20,000 per setengah kilogram. Tidak hairan jika rusa vampire ini hampir pupus kerana menjadi buruan yang mahal. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog