Wednesday, 5 November 2014

Identiti Jack The Ripper Terungkai


Penggemar cerita jenayah pasti masih ingat Jack The Ripper, pembunuh bersiri yang menggemparkan London tahun 1888. Namun selama 126 tahun tidak ada yang tahu siapa Jack The Ripper.

Berita terbaru yang dilaporkan oleh Daily Mail, nama sebenar Jack The Ripper adalah Aaron Kozminski - pemuda Yahudi-Poland berusia 23 tahun yang melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai di Rusia awal 1880-an.

Kozminski sebenarnya telah lama disyaki, tapi polis London tidak mempunyai bukti penglibatan beliau, ini kerana pada masa itu belum ada teknik pembuktikan melalui DNA.

Jerusalem Post melaporkan, bukti bahawa Jack The Ripper atau Pembunuh Whitechappel adalah Kozminski bermula dari keputusan Russell Edwards, ahli perniagaan Inggeris, membeli selendang Catherine Eddowes dalam lelongan barang-barang peninggalan mangsa Jack The Ripper.

Catherine Eddowes adalah mangsa keempat Jack The Ripper. Tiga sebelumnya adalah Mary Ann Nichols, Annie Chapman, dan Elizabeth Stride. Korban terakhir adalah Mary Jane Kelly. Semuanya berasal dari penempatan miskin Whitechapel, London, dan berkerja sebagai pelacur.

Saat disita polis, selendang itu berlumur darah Eddowes dan sperma Kozminski. Polis menyimpan selendang itu, dan tak pernah menghilangkan noda darah dan sperma.

Edwards menyerahkan selendang itu kepada ahli forensik Dr Jari Louhelainen. Menggunakan teknik forensik canggih, Louhelainen mengesan DNA dalam darah dan sperma di selendang itu. Dia mengesahkan DNA dalam darah milik Eddowes, dan DNA di sperma milik Kozminski.

Kepada Daily Mail, Edwards berkata Kozminski menjadi suspek paling kredibel. Dia sering digambarkan sebagai pendandan rambut dari Whitechapel, yang memohon tinggal di rumah sosial tahun 1890.

"Dia mempunyai kelainan mental. Mungkin paranoid atau skizofrenia yang mengalami halusinasi dengan pendengaran," ujar Edwards. "Dia juga pembenci wanita yang lebih suka menyakiti diri, atau masturbasi."

Namun, menurut Edwards, polis London pada masa itu tidak mempunyai cukup bukti untuk menangkap Kozminski. Dia hanya diawasi selama 24 jam, sehingga dia menjalani sisa hidupnya di rumah sakit jiwa.

Penemuan Edwards dan Louhelainen membuktikan tidak akan kejahatan sempurna. Kejahatan akan selalu terungkap, jika tidak saat ini tapi sekian puluh tahun lagi. Dalam kes Jack The Ripper, ia memakan masa 126 tahun untuk dibongkar. - inilah.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog