Tuesday, 4 November 2014

TOP: 8 Wanita Cantik Yang Memiliki Wajah Seperti Patung!

Zaman sekarang ni semua wanita sukakan kecantikan rupa dan bentuk badan yang sempurna. Ada-ada saja cara untuk mengubah rupa dan mencantikkan bentuk badan. Kalau yang mampu dan nak jalan yang singkat untuk cantik, pembedahan plastiklah yang mereka pilih. Tapi kesannya belum tentu sentiasa bagus. Bagi yang lebih bijak sedikit menggunakan teknik make up sehingga mampu mengubah muka mereka sehingga nampak sangat berlainan sampai jadi macam rupa animasi pun ada. Jadi jangan pandang seseorang dari luaran saja ya. Pandang perilaku juga. Kalau muka cantik pun ludah merata korek hidung sesuka hati dan mulut macam cabai tak boleh jugak kan. Kui kui

Jomm kita tengok 8 Orang Wanita yang memiliki wajah seperti watak animasi!
Cekidoutt




1. Wang Jiayun

Wang Jiayun memiliki tinggi 164cm dan berat 42 kg. Lahir di Kowloon Hong Kong dan tinggal di Shenzhen, China. Dengan teknik makeup yang sempurna, Wang Jiayun mampu mengubah wajahnya menjadi sangat cantik dan sempurna seperti watak animasi jepun. Gadis remaja keturunan Tionghoa ini memang kelihaan sangat cantik. Memiliki wajah yang sempurna dengan mata yang besar .


2. Venus Palermo

Venus Palermo atau lebih dikenal dengan Venus Angelic.Venus adalah seorang gadis 15 tahun yang mendapatkan populariti besar di Internet untuk tutorialnya di YouTube tentang bagaimana supaya kelihatan seperti anak patung hidup. Venus Angelic memiliki 112 video di YouTube. Angelic telah berdandan seperti patung selama dua tahun kebelakangan ini.Diinspirasikan dari budaya Jepun setelah tinggal di Jepun selama beberapa tahun. .Venus menguasai 5 bahasa : Sepanyol, Jepun, Inggeris, Perancis dan Jerman.


3. Dakota Rose

Dakota Rose atau lebih dikenal Kotakoti menjadi fenomena terutama di negara-negara Asia seperti Jepun dan China. Malah dia berketerampilan seperti watak animasi, baik dalam makeup,pakaian dan rambut.bentuk wajahnya kecil, mata besar berwarna biru, hidung kecil, dan bibir merah muda berkilat Sama seperti Venus Angelic, Dakota Rose juga memiliki video tutorial kecantikan di Youtube.



4. Valeria Lukyanova

Valeria Lukyanova sedang hangat diperkatakan  di seluruh dunia. Dengan perubahan besar di tubuhnya, Valeria menjalani pembedahan  plastic untuk payudaranya, pembedahan facelift, sedut lemak sehingga memiliki lekuk tubuh yang langsing. Valeria  memiliki halaman di facebook dan  memiliki 155 pelanggan mengikuti profilenya di laman sosail terbabit. Model Ukraina ini sudah menarik perhatian dunia fashion Amerika. Baru-baru ini Valeria melakukan fotoshot untuk majalah V edisi ‘Girl Power’ yang menampilkan foto dan kisah hidupnya.

5. Anastasiya Shpagina

Gadis Ukraina berumur 19 tahun ini sangat menyukai watak animasi jepun sehingga dia memutuskan untuk menjadikan dirinya boneka. Dengan bantuan makeup dan pembedahan plastik Anastasiya mengubah dirinya menjadi kartun hidup yang sangat cantik. Beberapa sumber mengatakan Anastasiya ingin melakukan pembedahan pada matanya untuk mendapatkan mata besar seperti watak pujaannya.

6. Alodia Gosiengfiao
Gadis ini adalah pemenang penghargaan Cosplayer di Filipina, dan sudah dikenali di seluruh dunia. Alodia memiliki wajah yang manis, selain itu gadis yang masih berumur 18 tahun ini merupakan seorang yang kreatif, dan pandai mereka rias wajahnya seperti patung barbie.
Lahir pada 9 mac 1988 di Quezon City Filipina dan terkenal kerana prestasi yang luar biasa. banyak syarikat di Filipina menggunakan dirinya untuk produk dan perkhidmatan mereka.. Selain itu ia juga salah satu duta besar dan VJ untuk animax-asia yang dikenal sebagai “ani-mates“, tampil di berbagai majalah, suratkhabar, dan acara tv tempatan dan luar negeri. Oleh sebab itu, Alodia  terpilih sebagai 100 wanita terseksi versi FHM di Filipina, peringkat # 87 pada tahun 2009, dan dia menduduki peringkat # 76 di tahun 2010.

7. Charlotte hothman

Wanita berumur 24 tahun yang obses dengan barbie, Charlotte hothman menghabiskan 10 ribu poundsterling untuk pembedahan plastik pada wajahnya.Charlotte menjalani pembedahan untuk mendapatkan hidung yang sempurna dan bibir yang seksi agar wajahnya kelihatan seperti barbie.
Dia juga mewarnakan rambutnya menjadi perang dan menghabiskan semua wang yang dimilikinya untuk melengkapi penampilan nya dengan pakaian-pakaian yang lebih feminim. Charlotte telah mengumpul beratus-ratus patung  di ruangan kha rumahnya yang terletak kota Manchester. Charlotte pertama kali tertarik dengan kecantikan Barbie sejak dia berusia 3 tahun.

8. Lin Ke Tong

Lin Ke Tong Lahir pada  20 September 1988, dan dia adalah seorang Model  Iklan dengan tinggi  172cm. gadis ini begitu Terkenal di internet dan memiliki begitu banyak penminat dari serata Dunia. 


sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog