Sebelum ni banyak cerita atau kejadian serangga memasuki rongga badan didengari seperti lintah dihidung, serangga di telinga dan banyak lagi. Dan kini kejadian seumpama ini berlaku lagi dimana Labah-labah memasuki telinga seroang artis British iaitu Katie Melua dan tinggal didalam telinganya selama seminggu.
Katie Melua berkata, dia telah sering diganggu oleh bunyi gemerisik di telinganya dan kemudiannya dia pergi berjumpa doktor. Doktor telah menggunakan pembersih mikro vakum untuk menyedut dan mengeluarkan makhluk itu daripada telinga artis Bristish tersebut. Penyanyi Georgia-British berusia 30 tahun percaya labah-labah yang dikenal pasti sebagai keluarga Salticidae memasuki telinganya melalu headphone yang dipakainya.
"Selalunya saya menggunakan headphone di telinga untuk menghalang bunyi semasa penerbangan. Kemudian mungkin satu labah-labah kecil yang ada disitu telah merangkak ke dalam telinga saya dan tinggal di sana selama seminggu" kata Katie Melua.
"Walaupun imej yang dipaparkan dimonitor melalui kamera doktor yang memasuki telinga saya kelihatan menakutkan, namun apabila dia membawanya keluar labah-labah itu cukup kecil, dan labah-labah itu masih hidup selepas dikeluarkan" tambah beliau, menghantar gambar labah-labah dalam bekas plastik.
Jurucakap Katie Melua, yang dikenali dengan lagu hitsnya seperti Nine Million Bicycles dan The Closest Thing To Crazy, menyatakan kepada Daily Mail: "Pakar telinga mengatakan bahawa dia tidak pernah di sepanjang kerjayanya membawa keluar serangga hidup sebelum ini. Kebanyakkannya mati. Semasa labah-labah itu dibawa keluar, ianya cukup kecil. Katie menyimpan labah-labah tersebut di dalam tabung uji dan melepaskannya di kebun halam rumahnya. Selain daripada berjalan dan mengeluarkan bunyi di telinga Katie, labah-labah itu tidak mengganggu sistem dalam telinga Katie sepanjang seminggu ia tinggal di sana. Katie juga berasa lega ianya selamat kerana dia berasa bimbang dia akan kehilangan pendengarannya."
Sumber: theguardian.com
No comments:
Post a Comment