Tuesday, 4 November 2014

Pembedahan-pembedahan Kecantikan Yang Bertukar Menjadi Mimpi Ngerii

Orang-orang sekarang gilakan pembedahan plastik. Bukan wanita sahaja, lelaki pun dah ramai. Kos pembedahan plastik yang langsung tak dipandang sehingga sanggup berhutang. Sebab semua dah gila nak cantik untuk tarik perhatian orang lain. Bila hasilnya cantik untunglah tapi takkan lama sebab lama kelamaan mesti akan datang masalah. Kalau nasib tak baik hasil pembedahan gagal kenalah hidup dengan keadaan macam tu sepanjang hidup.. ish ish..

Jomm tengok Pembedahan Kecantikan yang bertukar menjadi ngeri!




1 Bibir Terlebih Tebal
Bibir ala si cantik Angelina Jolie adalah harapan dari banyak wanita. Namun kamu harus ingat, bahawa Jolie mendapatkannya kerana kurnia Tuhan. Terima jelah seadanya mulut korang yang cute-cute tu. Tak perlu nak buat pembedahan untuk memburukkan lagi.




American Renee, adalah bekas penari telanjang dan bekas pelayan di sebuah kelab malam VIP di Las Vegas. Renee mengimpikan punggung yang lebih besar untuk mempertahankan statusnya sebagai salah satu gadis parti yang terseksi di Las Vegas. Namun, pembedahan tersebut nyaris mengancam nyawanya apabila implan punggungnya terbalik. Renee bertindak memuat naik video yang menunjukkan implan punggungnya yang terbalik untuk memberi supaya wanita mengelak dari menjalankan pembedahan yang berbahaya berikut.




Tulang Hidung Yang Cacat

Hidung mancung seperti sosok barbie rupanya tak hanya menjadi dambaan gadis-gadis Asia. Perempuan Eropah yang pada asalnya memang mempunyai hidung panjang dan mancung juga menginginkan hidung yang lebih cantik. Seperti perempuan ini, namun operasi pembedahan plastik yang buruk menyebabkan tulang hidungnya tampak aneh dan susah untuk bernafas.




Jauh Lebih Tua

Syukurilah apa yang kamu dapatkan dari Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu adalah yang terbaik. Tapi perempuan ini nampaknya tidak mensyukuri nikmat Tuhan, meski wajah aslinya sudah anggun, dia ingin tampak lebih cantik dengan pembedahan plastik. Namun hasilnya? Dia menjadi jauh lebih tua dan kulitnya menjadi gelap.




 Payudara Meleleh

Lauren Yardley sering mendambakan untuk memiliki bentuk badan yang cantik yang menggiurkan. Apabila dia berusia 25 tahun, Yardley memutuskan untuk melakukan pembedahan implan payudara dengan kos yang hampir RM20,000 yang membesarkan buah dadanya dari saiz A ke DD.

Namun, dua bulan selepas menjalankan pembedahan tersebut, tubuh Yardley mulai menolak implan tersebut. Sehingga implan itu menembus isi kulitnya dan tersembul keluar dari dadanya.




Wajah Aneh
Lagi-lagi kesalahan para perempuan yang masih belum puas dengan wajah mereka. Perempuan ini pun demikian. Padahal fotonya di masa lalu sudah cukup membuatnya anggun, namun dia mengubah bentuk bibir dan matanya yang menjadikannya bukan seperti dia lagi serta aneh.




Luka di Wajah Kerana Suntikan Silikon

Perempuan ini melakukan suntikan silikon sendiri pada wajahnya untuk menutupi bekas luka. Namun bukan kegembiraan yang dia dapatkan, lantaran tidak memahami produser pemakaian silikon, wajahnya kemudian menjadi semakin buruk dan jelas tak membuatnya menjadi lebih cantik. 


Seperti Raksasa

Ingin selalu awet muda? Jalan singkatnya ialah pembedahan plastik. Tapi melihat wajah perempuan ini, adakah anda masih mau melakukan pembedahan kecantikan untuk wajahmu? Jangan. Bukan awet muda yang kamu dapat, sebaliknya rupa seperti raksasa dalam cerita kartun kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog