Sunday, 2 November 2014

Wanita Gemuk Sembur Susu Badan Sebagai Taktik Mencuri!

Darmstadt (Jerman): Polis di Jerman melancarkan gerakan memburu seorang wanita berbadan gempal yang mencuri di sebuah farmasi selepas menyembur pekerja dengan susu badannya.




Menurut polis, wanita berkenaan menyembur susu ke arah kakitangan untuk mengalihkan perhatian mereka supaya dia boleh mencuri duit dari mesin juruwang.

Wanita itu yang digelar polis ‘Penyembur Susu’ dikatakan membeli pam susu berharga 20 euro (RM82) dari farmasi berkenaan di Darmstadt dan membayar dengan wang not 200 euro (RM827).

“Ketika juruwang menyerahkan wang baki 180 euro (RM744), wanita itu menyelak blausnya, mengangkat payudara kanannya dan menyembur susu ke arah muka kakitangan itu,” kata jurucakap polis Ferdinand Derigs.

Dia kemudian beralih ke juruwang kedua dan menghalakan payu daranya ke muka mangsa sebelum memancutkan susunya sekali lagi.

“Pekerja dan pelanggan dalam farmasi itu tergamam kerana tidak pernah berdepan dengan tindakan seperti itu.

“Si Penyembur Susu yang berusia antara 35 dan 40 tahun melakukan serangan itu Isnin lalu,” kata Derigs.

Pekerja menceritakan bagaimana dia ‘menekan dengan kuat payudaranya untuk menyemburkan banyak susu pada muka mereka.

Polis berkata, selepas serangan itu, wanita berkenaan berpura-pura terkejut, keluar dari farmasi berkenaan dengan payudaranya masih terkeluar dari blausnya.

Pekerja kemudian mendapati wang sebanyak 100 euro hilang dari mesin juruwang.

“Dia sengaja mencetuskan kekeliruan untuk mencuri. Ini jenayah paling luar biasa. Kami belum pernah berdepan dengan kes seperti ini,” kata Derigs.

sumber:MetroOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog