Monday, 29 December 2014
Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar Di Perairan Greece
OTHONOI - GREECE. Sebuah feri yang membawa seramai 466 penumpang terbakar di perairan Greece, hari ini.
Menurut sebuah kenyataan rasmi, kejadian itu berlaku 33 batu nautika dari Pulau Othonoi selepas mengeluarkan isyarat kecemasan.
Feri 'Norman Atlantic' kepunyaan Itali dilaporkan terbakar di sudut parkir yang menempatkan sekurang-kurangnya 200 kenderaan di dalam feri tersebut, lapor AFP.
Menteri Pertahanan Greece, Nikos Dendias memberitahu, kerjasama operasi menyelamat dijalankan bersama pihak berkuasa.
Feri tersebut yang berlayar dari pelabuhan Patras di Greece pada 5.30 pagi waktu tempatan sedang menujuk ke pelabuhan Ancona di Itali semasa kebakaran berlaku.
Menurut laporan itu lagi, operasi menyelamat sukar disebabkan angin kencang yang sedang melanda.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, seramai 55 penumpang telah dipindahkan ke sebuah kapal lain, manakala 150 penumpang masih di dalam bot kecemasan. - Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment