Tuesday, 30 December 2014

Malaysia Sedang Dilanda Musibah Banjir, Tetapi Ada Saja Bahalol-Bahalol Yang Sengaja Timbulkan Fitnah!




Mengakhiri tahun 2014, Malaysia nampaknya mencatatkan insiden banjir terburuk dalam sejarah semenjak tahun 1971 di mana lebih 200,000 mangsa terjejas khususnya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut laporan, kebanyakan kawasan yang sebelum ini langsung tidak terlibat banjir turut dinaiki air di paras merbahaya dan apatah lagi di kawasan-kawasan yang sememangnya dikenal pasti sering terlibat banjir.

Keadaan ini turut menyebabkan negara menjadi tumpuan media, termasuk “wartawan-wartawan tidak bertauliah” di laman-laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi Whatsapp dan sebagainya.

Malangnya, cerita-cerita yang disampaikan bukan saja tidak tepat, malah boleh dikategorikan sebagai palsu, fitnah dan tidak benar sama sekali.

Antara cerita rekaan palsu yang berjaya dikesan sepanjang insiden banjir berlaku adalah seperti dakwaan kononnya berlaku darurat di Kelantan, bantuan dari NGO dan persendirian ditahan untuk ditampal pelekat Barisan Nasional (BN).







Di sini senarai beberapa cerita yang dikenal pasti PALSU yang tersebar sejak keadaan banjir kian buruk di zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
2. Bantuan dari NGO/persendirian yang ditahan sebab tidak tampal pelekat BN.
3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai)
4. Sekolah manik urai yg runtuh
5. Puisi ibu darwish ‘tidurlah sayang’
6. Sewa helikopter tentera RM4500
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja
12. Empangan Thailand yang melepaskan air.
13. Kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa di Kelantan sebaliknya dilaporkan 8 set janakuasa yang dihantar. 
14. ATM gesa rakyat di Pekan, Pahang untuk berpindah serta-merta kerana banjir akan berlaku dalam 24 jam.

Cerita-cerita seperti puisi ibu darwish "tidurlah sayang" dan 10 sekeluarga mati itu dikira sangat-sangat melampau kerana menggunakan emosi dan menyebabkan situasi bertambah makin buruk. . 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyenaraikan empat individu dikehendaki yang dikatakan telah menyebar dakwaan palsu-palsu berkenaan banjir di Pantai Timur.

Di saat negara sedang mengalami musibah seharusnya kita semua sebagai rakyat Malaysia cuba untuk memberikan bantuan dan dorongan disamping memanjatkan doa agar keadaan ini akan beransur. 

Sebaliknya, apabila ada sesetengah pihak yang berhempas pulas memberi tenaga dalam membantu mangsa-mangsa banjir ada pula yang sanggup menyebarkan fitnah dan memburukkan imej negara. Tidak ada perasaan prihatin atau simpati ke? Inikah yang dikatakan semangat 1Malaysia?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog