Saturday, 3 January 2015

Fazura Membuat Pendedahan Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam


Satu ketika dahulu, pada tahun 2013, pernah ada desas-desus mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Mereka berdua didakwa dilihat oleh orang ramai berjalan sambil berpegangan tangan dan membuat aksi romantik seperti pasangan bercinta. Namun Shaheizy Sam telah tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Katanya tangan wanita yang dipegang itu adalah tangan ibunya, bukan Fazura.


Namun menerusi rancangan Facing Up To Fazura yang dikeudarakan baru-baru ini, Nur Fazura akhirnya telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Shaheizy Sam. Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran tersebut. Hubungan mereka dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.

Tidak seperti kisah dongeng, percintaan Fazura dan Shaheizy Sam tidak berakhir dengan kegembiraan. Hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak berapa baik. Mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan. Menerusi program itu juga, Fazura melahirkan rasa kejanggalan untuk bertemu kembali dengan Shaheizy Sam selepas 14 bulan tidak bertegur sapa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog