Monday, 29 December 2014

Inilah Jalan Raya Yang Paling Pendek Di Dunia!



Ebenezer Place, yang terletak di Wick, Scotland, antara Union Street dan River Street. secara rasmi telah diiktiraf sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records yang direkodkan pada tahun 2006.




Secara rasminya, jalan tersebut hanya berukuran 2.06 meter. Saiz itu mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Elgin Street, di Lancashire dengan saiz 5.2 meter.

Yang uniknya, jalan ini dalam laluannya hanya mempunyai satu alamat iaitu pintu depan no 1 Bistro, yang merupakan sebahagian dari Mackays Hotel.

Ini merupakan satu-satunya alamat yang ada di jalan tersebut kerana tidak ada ruang lagi yang boleh diduduki oleh bangunan lain.

Walaupun penghargaan sebagai jalan terpendek di dunia baru diperolehi beberapa tahun lalu, jalan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman dahulu.

Kisahnya bermula berikutan kejayaan Alexander Sinclair di Amerika yang memutuskan untuk kembali ke negara asalnya di Scotland pada tahun 1880-an.

Di bandar kecil Wick, dia membina sebuah hotel bernama MacKay Hotel. Hotel ini dibina tepat di persimpangan Union Street dan River Street.

Pada tahun 1883 terbentuklah jalan Ebernezer. Jalan itu terbentuk dari sisi terpendek hotel yang berada di persimpangan tadi.




Pada ketika itu, datuk bandar mengarahkan pemilik hotel untuk mencetak sebuah nama di sisi terpendek Mackay Hotel.

Pemilik hotel menuruti arahan tersebut dan lahirlah jalan terpendek di dunia walaupun pada masa itu belum diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah jalan sehinggalah pada tahun 2006 apabila Guinness Book of Records mencatatnya sebagai jalan terpendek di dunia.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/12/ebenezer-place-jalan-raya-paling-pendek.html#ixzz3NDLTXzON

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog