Monday, 29 December 2014

QZ8501- Ahli Perniagaan dari Malaysia- Sii Chung Huei Salah Seorang Penumpang


Seorang penumpang Malaysia yang berada dalam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang awal pagi tadi ialah Sii Chung Huei seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Jakarta tetapi berasal dari Kuching, Sarawak.

Secara jelasnya tidak diketahui bagaimana senarai pecahan penumpang mengikut warganegara yang sebenarnya khususnya melibatkan penumpang warga British.

Pada awalnya, memang ada seorang warga negara British tetapi kemudian dikatakan tidak sebaliknya penumpang berkenaan adalah warganegara Perancis.

Gambar pesawat AirAsia Indonesia PK-AXC yangg kini hilang ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Bagaimanapun menurut laman web New Straits Times Press (NST), pejabat Kementerian Luar Britain mengesahkan ada seorang penumpang warganya di dalam pesawat berkenaan.

“Kami menyedari insiden berkaitan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501.

“Kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan bahawa ada seorang penumpang warganegara British di dalam penerbangan itu, waris terdekatnya sudah pun dimaklumkan, dan kami bersedia untuk memberikan bantuan konsulat,”
kata Kementerian Luar Britain berkaitan perkara itu.

Pesawat AirAsia berkenaan hilang ketika dalam penerbangan daripada Surabaya ke Singapura menggunakan pesawat jenis Airbus A320-200 dengan 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal berada dalam pesawat berkenaan ketika hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dilaksanakan diketaui Indonesia serta dibantu Malaysia dan Singapura. 

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog