Wednesday, 11 June 2014

ALERT!! PEROGOL BERSIRI DAN PENJUAL ORGAN MASIH BEBAS DI MALAYSIA


PERHATIAN: 

Terima whatsapp berhubung kes penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia seperti berikut:

Seorang lelaki bernama Mohd Faris Farhan bin Akhlaken Ahmad amat dikehendaki polis kerana beliau aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia dan perogol bersiri di Malaysia dan sempadan Thailand.

Lelaki penganut Hindu ini juga telah membunuh seramai 16 orang wanita dan 5 orang lelaki untuk mendapatkan organ.

Berdasarkan maklumat, kini dia sedang bergiat aktif untuk mencari mangsa di Bachok, Kelantan. Suspek juga pernah melakukan cubaan culik kanak-kanak di Kulim, Kedah. Namun, cubaan itu tidak berjaya kerana ada saksi. Suspek yang memandu AEP 4546 Wira Aeroback berwarna biru muda cuba untuk memecut dan cuba melanggar saksi tersebut namun tidak berjaya.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia diminta berhati-hati apabila berada di kawasan awam terutama pada waktu malam dan pagi.

Sumber: PPKM Kulim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog