Akibat ketagih dengan laman sosial Facebook, seorang remaja
terpaksa dikerjarkan ke hospital apabila ibu bapanya bertindak merampas komputer,
telefon dan mengahalangnya dari berFacebook.
Nancy Thompson, 15 tahun dibawa ke pusat kecemasan
Camden-Selatan selepas ibu bapanya menjumpai dia di atas katil dengan peluh
sejuk, ibu jari gerenyet dan berkelakuan seakan-akan zombie
.
Kata ibu Nancy, dia mendengar bunyi merungut dari tingkat
atas. Apabila sampai di bilik Nancy, anaknya itu sedang berulang alik di atas
katil berkumat kamit “ Like. Like. Comment. Like. Share,” dan ibu jarinya pula
bergerak-gerak dalam gerakan menghantar mesej secara tidak terkawal. Serta merta
ibunya memanggil 911.
Semasa paramedik sampai, Nacy dikatakan masih menggeletar. Semasa
dalam ambulan, tiba-tiba Nancy memuncungkan mulutnya dan mengangkat tangan
kanannya ke atas kepalanya seolah-olah sedang berselfie.
No comments:
Post a Comment