Tuesday, 10 June 2014

Warga emas maut dilanggar kereta api

                               
IPOH - Seorang warga emas maut dilanggar kereta api di Kilometer 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan serta kaki.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dari Kampung Seri Murni, Pasir Putih di sini cuba melintas landasan tersebut sebelum terpelanting ke tepi akibat rempuhan kereta api itu yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
"Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, katanya.
Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelaki itu. - Bernama
Sumber KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog