Monday 9 June 2014

Ada bukti kukuh untuk mendakwa tertuduh: Kes wanita Malaysia dirogol di India

                                     

NEW DELHI - Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek berikutan bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya.
"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi apa-apa kesan terhadap pendakwaan. Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum beliau kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar 'The Times of India'.
Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret betul-betul seperti yang beliau beritahu kepada polis, kata pegawai polis itu.
Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa.
Botol minuman ringan yang tertuduh memasukkan dadah supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai.
Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog