Friday, 13 June 2014

Ketumbuhan seberat 25.1g berjaya dikeluarkan dari perut wanita

tumor 50 pound

Tucson, Ariz- Seorang wanita Arizona telah menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan seberat 21.5kg dari perutnya.

Pembedahan itu mengambil masa 10 jam untuk membuang liposarcoma, iaitu sejenis kanser di otot abdomen, dan telah memasuki bahagian dalam saluran vena cava Marcey DiCaro. Buat seketika semasa pembedahan itu jantung Marcey telah berhenti berdegup.

“ Saya berasa seronok kerana sudah boleh berjalan-jalan dan boleh menikmati hidup,” kata Marcey DiCaro semasa dijumpai di hospital.

Pada tahun 2011, DiCaro menyedari bahawa tiba-tiba perutnya membesar dan dia merasakan berasa sakit-sakit di bahagian dalam perutnya. Pada tahun 2012 dia telah menjalani scan dan mendapati bahawa dia telah menghidap ketumbuhan tetapi dia tidak boleh menjalani pembedahan kerana kekurangan insurans kesihatan.

Disebabkan itu, pihak hospital telah membatalkan pembedahannya pada 2013 kerana syarikat insurannya cuma mampu membayar sedikit dari jumlah kos keseluruhan pembedahan.

Ahirnya pada tahun ini, DiCaro Berjaya mendapatkan insurans yang mampu menanggung kos pembedahannya. Dia menjalani pembedahan pada 17 April.

Ketumbuhan itu turut menyebabkan buah pinggangnya membesar menyebabkan ia terpaksa dibuang semasa pembedahan. Pundi hampedunya juga turut dibuang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog