Thursday, 12 June 2014

DOKTOR DITEMUI MATI DALAM TANDAS

ALOR GAJAH - Seorang doktor lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dan tersungkur di mangkuk tandas di Hospital Alor Gajah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, doktor tersebut ditemui pengarah dan kakitangan hospital berkenaan dengan keadaan punggungnya masih berada di atas mangkuk tandas terbabit.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham berkata, semasa kejadian mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan sedang bertugas dan kali terakhir dilihat pada pukul 6.45 pagi hari yang sama.
"Kehilangan doktor itu disedari sele- pas dimaklumkan kakitangan hospital mengenai kegagalan untuk berhubung dengan doktor tersebut pada pukul 8.30 pagi.

SUMBER KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog