Putrajaya: Seekor kucing jantan bernama Louis Vuitton (LV) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang dijangka merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) 2014, Sabtu ini.
Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata, kucing jenis ‘Maine Coon’ yang dibawa khas dari Estonia itu adalah hadiah daripada KKM dan Perbadanan Putrajaya (PPj) khas untuk pasangan diraja berkenaan.
“Kucing terbabit dibawa masuk sejak September 2003 dan dijaga rapi oleh saya sendiri bagi memastikannya sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit sebelum diserahkan kepada pihak istana.
“Ini adalah hadiah khas daripada KKM dan PPj sempena FLORIA Putrajaya tahun ini sebagai menghargai kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong merasmikan festival tahunan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khalid berkata, KKM juga akan mengadakan Pameran Kucing Khas Diraja sepanjang hari perasmian, Sabtu ini.
sumber Metro
No comments:
Post a Comment