Monday, 9 June 2014

Rita Ora dan Calvin Harris berpisah

                                 
Penyanyi terkenal Rita Ora dilaporkan telah berpisah dengan pasangannya, penyampai radio kelahiran Scotland, Calvin Harris.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul How We Do itu, perpisahan itu berpunca daripada percintaan jarak jauh dan jadual kerja yang padat.
“Saya tidak suka hubungan jarak jauh. Jika diberi pilihan pun, pasti sesiapa sahaja mahu kekasih mereka berada di sisi mereka.
“Ia membuatkan saya rasa sedih, tetapi itulah yang saya perlu harungi dulu,” katanya seperti dipetik portal The Mirror.
Dalam pada itu, Calvin menerusi laman Twitternya turut mengesahkan perpisahan itu.
“Bagi mengelakkan spekulasi...saya dan Rita telah memutuskan hubungan kami beberapa hari lalu.
“Dia (Rita) seorang yang cantik dan sangat berbakat dan saya doakan yang terbaik buat dirinya,” kata Harris.
Rita dan Calvin dipercayai mula menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, hubungan itu tidak kekal lama selepas mereka berpisah pada awal Januari tahun ini sebelum kembali berbaik-baik semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog