Wednesday, 11 June 2014

KES PUKUL ISTERI DEPAN BANK, AWIE ENGGAN BERI PENJELASAN

 

Pelakon filem 'Sembilu', Awie, 46, mengambil langkah untuk tidak memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa dia memukul isterinya, Rozana Misbun di sebuah bank.

Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan berita seorang penyanyi kumpulan rock bertindak memukul isterinya dan perkara tersebut disaksikan oleh orang ramai di sebuah bank dekat Ampang.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya. Banyak pihak membuat spekulasi dan beranggapan orang yang dimaksudkan adalah Awie.

"Laporan itu tidak menyebut pun penyanyi rock yang dimaksudkan itu adalah saya. Jadi buat apa saya mahu komen? Banyak lagi penyanyi rock di Malaysia ini, bukan saya seorang sahaja," kata pemilik nama penuh Ahmad Azhar Othman ini.

"Setakat ini, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan. Perihal keluarga dan rumah tangga adalah sesuatu yang saya anggap amat peribadi, jadi lebih elok saya tidak beri sebarang komen. Saya hanya akan komen sekiranya ada bukti yang sah bahawa sayalah orang yang dimaksudkan," cerita Awie ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta Long Jack Orang Kampung di Bora Ombak, Ampang pada Selasa.

Menganggap khabar yang datang ini sebagai tuduhan, vokalis kumpulan Wings ini menjelaskan yang dia akan memberikan kenyataan sekiranya ada bukti kukuh dia melakukan perkara tersebut.

Awie mempunyai lima orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14 dan Puteri Aleefa Antasha, 12, menerusi perkahwinan pertama Awie bersama penyanyi Arni Nazira, manakala tiga lagi anak, Putra Ahmad Merah, 7, Putra Ahmad Rezkki, 6 dan Puteri Qasseh Antasha, 4, adalah hasil perkahwinan kedua Awie bersama Rozana Misbun.

Sumber GUA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog