2 tahun selepas pembunuhan anak perempuannya yang berumur 13
tahun, seorang ibu akhirnya dapat bertentang mata dengan pelaku jenayah
tersebut. Tetapi, yang mengejutkan wanita tersebut telah menghampiri dan memeluk
penjenayah tersebut.
Anak perempuannya telah ditembak dan mati di dalam bas
sekolah. Remaja yang bertanggungjawab dengan insiden tersebut, Jordyn Howe, 16
tahun mengawal perasaannya dengan memeluk kembali wanita itu dan meminta maaf.
Pada bulan November 2012, Howe secara tidak sengaja telah
menembak Jordyn semasa dalam mereka di dalam bas. Menurut associated Press,
Howe telah mengambil pistol ayah tirinya dan membawanya ke sekolah. Dia dilaporkan
sedang menunjuk-nunjuk pistol itu kepada kawan-kawannya apabila secara tidak
sengaja tertekan picu dan tertembak Lourdes di leher. Remaja perempuan itu
kemudiannya dibawa ke hospital dan meninggal di situ.
Howe mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dengan senjata,
memiliki senjata api dan membawa senjata yang merbahaya.
Tindakan ibu kepada Lourdes yang memeluk dan memaafkan
pembunuh anaknya, Ady guzman-DeJesus, bersetuju untuk membuat rayuan perjanjian
dengan Howe yang mana boleh mengelakkan dia dari masuk ke penjara sebaliknya menghadiri
akademi pemulihan juvana dan berucap di sekolah-sekolah mengenai bahayanya
senjata
No comments:
Post a Comment