Tuesday 10 June 2014

Zaquan bermain cinta dengan gadis di WeChat, Ayu Raudhah beri penjelasan


                              

Zaquan Adha dikatakan bermain cinta dengan seorang gadis tukang sorak JDT di WeChat sedang panas di arena hiburan negara kini, Tiba-tiba je keluar cerita ni padahal isterinya sedang pantang masa tu. Tapi nampaknya Ayu tidak melatah tentang hal itu.

Sebaliknya, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.

“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”

“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”

Ayu Raudhah berkata demikian kepada portal OHBULAN! hari ini selepas diminta untuk mengulas isu ini yang kini menjadi perhatian ramai.

                                     

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”




Sumber: Rotikaya






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog