Thursday, 12 June 2014

FATHIA, AIMAN NAFI HUBUNGAN RENGGANG

KONTROVERSI lagi. Nampaknya kontroversi bersiri pasangan bercinta yang ‘panas’ ketika ini, pelakon Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff belum berakhir. Terbaharu, timbul gosip hubungan Aiman dan Fathia sudah renggang. Semuanya gara-gara kononnya Aiman menengking Fathia di hadapan orang ramai baru-baru ini.
Bagaimanapun, Fathia yang ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta baharu syampu jenama Pantene di G Tower, Kuala Lumour semalam menegaskan, hubungannya dengan Aiman masih baik, sekali gus menafikan dakwaan bahawa hubungan mereka kini sudah renggang.
“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun lumrah dalam bercinta.
“Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami.
“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu,” tegas Fathia.
Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Aiman didakwa menengking Fathia selepas membaca komen peminat di sebuah portal hiburan sehingga membuatkan pelakon drama bersiri, Ariana Rose itu berasa terhina.
Tambah Fathia, komen negatif ditulis pelayar internet sekitar bulan Januari itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan cintanya dengan Aiman yang sedang mekar berkembang.
“Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itu cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami ber- gaduh besar,” ujarnya lagi.
Kontroversi terbaharu Aiman-Fathia itu sebenarnya berlaku sejurus selepas satu lagi kontroversi melanda mereka sebelum ini yang berkaitan masalah disiplin Fathia.
Biarpun Fathia sendiri sudah menerangkan perkara itu sebelum ini dan Aiman ada bersama Fathia sendiri sepanjang perkara tersebut berlarutan, justeru impaknya kurang lebih terkena tempiasnya kepada Aiman.
“Saya enggan memanjangkan cerita yang sudah pun selesai antara kedua-dua pihak, baik Fathia mahupun penerbitan yang terlibat. Lagipun, hal itu tiada kena-mengena dengan saya dan memang saya tidak nafikan Fathia tidak sihat ketika hari kejadian.
“Selepas kami ke klinik dan membuat rawatan, Fathia menghubungi semula pihak tersebut tetapi mereka memaklumkan kami tidak perlu ke lokasi fotografi,” jelas Aiman yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu Garnier Men di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Cerita kurang senang mengenai Fathia itu timbul apabila pelakon jelita tersebut didakwa membatalkan sesi fotografi sebuah majalah pada saat-saat akhir kerana sakit.
Bagaimanapun, hal itu bertambah rumit apabila Fathia dikesan keluar bersama-sama Aiman di sebuah pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur pada hari yang sama.
SUMBER KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog