Wednesday, 11 June 2014

KES KHALWAT SHAH JASZLE: PERBICARAAN DITANGGUHKAN

                                               
Kes khalwat pelakon, Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle, ditangguh kepada tarikh 12 Ogos 2014 berikutan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling tidak dapat bertugas kerana dijangkiti demam denggi.

“Saya menghormati sepenuhnya keputusan mahkamah kerana perihal sakit ini tidak dapat dikawal oleh manusia. Jadi saya menerima sahaja keputusan yang diberikan oleh pihak mahkamah yang mana untuk menyambung perbicaraan ke tarikh yang telah ditetapkan.

Pihak Hakim Syarie yang bertugas juga menegaskan yang tidak wajar untuk meneruskan perbicaraan kes. Ini kerana sekiranya Hakim Syarie bertukar menyebabkan kes perlu dibicara balik dari awal,” ujar Shahz Jaszle ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, pada Selasa.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan media mengesahkan yang mereka telah menahan Shahz Jaszle pada 16 Mei tahun lalu atas tuduhan khalwat dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 5 pagi.

Ketika perbicaraan kes lalu, Mohd Radzi Saliman selaku saksi kes berkata yang ketika serbuan dilakukan seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek telah membuka pintu. Manakala Shahz Jaszle pula dikenalpasti yang mana hanya mengenakan seluar dalam jenis ‘boxer’ sahaja.

Pasangan tersebut ketika ditanya mengenai pertalian mereka, Shahz menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya.

Sebelum ini, Farah telah mengaku bersalah atas dakwaan penangkapan khalwat mereka pada 13 November lalu. Mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika Farah gagal membayar denda.


Sumber GUA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog