Monday, 9 June 2014

Lelaki potong kaki sendiri menggunakan cawan teh

                     Liu Dunhe, surgery, feet, tea cups,
Liu Dunhee, ditemui di kolam darahnya sendiri selepas cubaan memotong kedua belah kakinya  dengan menggunakan kepingan porselin dari cawan tehnya yang dipecahkan di China.

Lelaki yang berusia 44 tahun itu menghidap penyakit yang menyebabkan peredaran darah ke kakinya berhenti dan menyebabkan jangkitan kekal.

Dia cuma mampu berjalan sejauh beberapa meter sahaja sebelum jatuh akibat sakit yang melampau. Salah seorang jirannya juga berkata bahawa kakinya telah menjadi hitam dan busuk.
                       
Ibu bapanya mati 20 tahun yang lepas kerana keadaan yang sama meninggalkan Liu yang hidup dalam kemiskinan.

Walaupun hidup atas dasar pemberian jiran-jirannya yang baik hati, Liu tidak layak untuk mendapatkan apa-apa bantuan perubatan yang dibiayai kerajaan.

Liu yang tidak mampu untuk menaggung kos perubatannya bertindak memotong sendiri kedua belah kakinya. Walaubagaimanapun, Liu dikatakan bertuah kerana berjaya ditemui jirannya dan tidak akan mati kerana kekurangan darah.

Masyarakat sekeliling bergabung untuk mengumpulkan wang untuk rawatan kecemasan selepas Liu dipindahkan ke klinik terdekat untuk pembedahan.

Dia kini berharap untuk mendapatkan kaki palsu untuk dilekatkan di kakinya lewat tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog