Tuesday, 5 August 2014

Ancaman bom palsu di pesawat Qatar Airways

Foto
London: Polis menahan seorang penumpang Qatar Airways disyaki membuat ancaman bom palsu selepas amaran kepada juruterbang pesawat itu.
Sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Britian mengiringi pesawat Qatar Airways Penerbangan 23 melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Manchaster, hari ini. 
Sebaik melakukan pendaratan selamat, polis Manchester menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca kepada penyebaran maklumat mengenai bom palsu di dalam pesawat berkenaan. 

Ketua Superintendan Polis Manchester, John O' Hare berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada peranti atau maklumat mengenai bom itu adalah sahih namun ia adalah tindakan yang wajar dilakukan ketika berhadapan situasi cemas.

Ketika pesawat yang membawa 269 penumpang dan 13 krew pesawat dari Doha, Qatar melakukan pendaratan, landasan di lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan sebelum pakar siasatan melakukan pemeriksaan dalam pesawat.

"Kes berkenaan adalah jenis yang terpencil dan orang ramai yang nampak kehadiran polis dan pihak berkuasa tidak perlu cemas dengan keadaan itu," katanya.Kementerian Pertahanan negara berkenaan mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan pesawat itu sudah mendarat dengan selamat. 

"Kes berkenaan kini di bawah siasatan pihak berkuasa tempatan," katanya.- AP
sumber Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog