Wednesday, 6 August 2014

Beli plat nombor 'MH17'

Kuala Lumpur: Seorang lelaki di New Zealand menggelar plat kereta bernombor MH17 yang berjaya dibelinya sebagai 'satu kerja seni tidak ternilai' bagi mengabadikan nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine yang turut mengorbankan rakyat di negara berkenaan.
The New Zealand Herald melaporkan, pemilik hartanah pelaburan Russell Montaperto membeli plat nombor itu pada harga NZ$650 (RM1,950) beberapa hari selepas pesawat berkenaan ditembak jatuh di timur Ukraine. 
Dalam nahas pesawat itu, rakyat New Zealand yang menetap di Australia, Mary Menke dan Robert Ayley, seorang lagi rakyat New Zealand dari Otaki dan lahir di Britain adalah antara 298 orang yang terkorban dalam kejadian itu. 

Montaperto berkata, meskipun dia sudah membeli plat nombor berkenaan namun dia tidak tahu bila akan memperolehinya namun yakin dengan keputusannya.

“Ia seperti seni yang tidak ternilai. Apabila orang melihatnya, ia menandakan sesuatu kepada mereka... kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah yang menjejaskan seluruh dunia,” katanya.

Montaperto berkata, sekiranya anggota keluarga mangsa pesawat MH17 berasa sedih, beliau tidak akan menggunakannya dan bersedia untuk memberinya kepada mereka ataupun menjualnya pada harga kos. 

Lelaki berkenaan turut memiliki dua plat nombor peribadi iaitu tema Piala Amerika SEA NZ1 dan SS70, untuk kereta Chevrolet Camaro, yang juga sering mendapat tawaran daripada pihak lain. 

Beliau tidak pasti sama ada minat sama akan berlaku untuk plat MH17 tetapi beliau belum bercadang untuk menjualnya dalam masa terdekat ini. 

“Ia mempunyai nilai bersejarah. Kepada saya, nilainya lebih besar daripada wang di dalam bank. Saya tidak perlu wang itu," katanya. 

Katanya, dia tidak perlu menempah mahupun menjual plat berkenaan untuk menyara hidupnya. 

“Saya lihat tentera Belanda mengusung keranda daripada pesawat, ia mengingatkan kita kepada Anzacs. Ia membuatkan kita melihat hidup ini daripada perspektif berbeza apabila kita lihat mereka di dalam penerbangan itu. 

“Saya juga pernah lihat gambar mangsa dan mereka masih di tempat duduk mereka. Mereka sudah tiada lagi sekarang,” katanya. 

Montaperto bagaimanapun bukanlah orang pertama yang menempah nombor plat peribadi yang dikaitkan dengan kejadian tragik. 

Dua plat nombor yang tertera nombor MH370 dijual selepas Boeing 777 itu hilang Mac lalu. 

Sehingga kini pesawat terbabit tidak dapat dikesan, dan terdapat dua rakyat New Zealand di dalam pesawat itu. 

Pengarah Mr Plates, Bruno Szajer, yang menjalankan perniagaan menjual beribu-ribu nombor plat menerusi laman web di New Zealand dan Australia, berkata, jualan plat berkaitan dengan kejadian di dunia adalah perkara biasa. 

Jurucakap Agensi Pengangkutan, Andrew Knackstedt berkata, plat peribadi tidak akan dikeluarkan sekiranya ia menggalakkan keganasan, diskriminasi, berat sebelah, bahan atau kegiatan haram, yang melanggar hak intelek hartanah atau mengandungi bahasa kesat. - THE NEW ZEALAND HERALD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog