Thursday, 7 August 2014

2 maut motor bertembung lori


IPOH - Dua remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 49.8 Jalan Ipoh-Teluk Intan, berhampiran Tapah hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, penunggang motosikal Mohamad Adhwa Syafiq Mohd. Jaid, 18, dari Kampung Sungai Tiang Tengah, Selekoh, Bagan Datoh dan pembonceng Muhamad Nur Aiman Abdullah, 18, dari Kampung Sungai Haji Muhamad, Selekoh, Bagan Datoh meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mereka dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Ipoh.

"Motosikal itu dipercayai telah memotong sebuah kenderaan tetapi tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Som Sak berkata, mayat kedua-dua remaja berkenaan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Identiti pemandu lori berkenaan masih belum dikenal pasti. - Bernama

sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog