Wednesday, 6 August 2014

Teman lelaki Abil bantu pulihkan hubungan dia dengan Amy

Hubungan Amy Search dan Nabila Huda kini telah pun pulih seperti biasa. Mereka berdua telah pun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Namun sebenarnya yang membantu memulihkan hubungan dua beranak ini ialah teman lelaki baru Nabila Huda.

Walaupun identitinya masih tidak diketahui, jelas terserlah kematangan kekasih baru Nabila Huda ini. Walaupun sebelum ini Amy Search pernah memaki hamun dan tidak merestui hubungan anaknya dengan si kekasih baru ini, namun ia tidak menghalang lelaki ini untuk memulihkan hubungan Amy dan Nabila. Kata Amy Search menerusi Mstar Online:-
Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.
Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih. Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog