Friday 20 March 2015

Walaupun 20 Tahun Berpengalaman, Ifa Raziah Masih Ditawar RM500?


Walaupun sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, masih ada juga pihak yang menawarkan pelakon/penyanyi ini bayaran seciput RM500. Ifa bukanlah orang baru, pengalaman pun banyak, persembahan pun tip-top dan paling penting, menghiburkan. Takkan bayar RM500 je kot?

Lebih menyedihkan apabila artis baru yang muka pun tak berapa dikenali boleh diberikan tawaran beribu-ribu ringgit. Kadangkala pihak penganjur kenalah faham artis senior ini tua-tua berisi. Janganlah sebab artis lama, dipandang sebelah mata sahaja. Kata Ifa Raziah kepada wartawan ManggaOnline:-

Nak Ifa menyanyi, ada juga yang nak Ifa berlakon tapi nak bayar Ifa, RM500 saja. Ada ke patut Kak? Bila Ifa cakap macam ni, nanti ada yang kata Ifa ni demand pulak. Ada juga yang kata Ifa belum menang sebarang anugerah jadi tak boleh nak demand sangat.

Kak, Ifa ni bukannya jenis orang yang letak harga. Tapi setelah 20 tahun pengalaman dalam bidang ini, Ifa rasa Ifa layak menerima bayaran yang sepatutnya. RM500 tu bayaran masa Ifa baru-baru keluar menyanyi dulu Kak. Sekarang dah tahun 2015, semua benda pun dah nak ada GST.

Kadang-kadang Ifa tak faham, boleh pulak diorang bayar lebih tinggi kepada artis baru. Soal kurang pengalaman nampaknya tidak diambil kira. Ifa kenalah ada harga diri juga Kak. Diri Ifa adalah produk kepada nama Ifa Raziah.



Di Malaysia ini sememangnya artis senior kurang dipandang oleh kebanyakan pihak. Nasib baiklah semenjak dua ini ada program seperti GegarVaganza yang mampu memberikan publisiti kepada artis-artis senior. Sekurang-kurangnya bila bagi tawaran itu, biarlah berbaloi dengan masa dan tenaga. Kesian juga kat Ifa Raziah dan mereka yang seangkatan dengannya. Diharap lebih banyak pihak yang prihatin.

bn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog