Friday, 22 August 2014

Gambar selfie momyet yang paling popular


Jurugambar terkenal, David Slater telah melawat taman negara di Sulawesi Utara, Indonesia apabila seekor monyet tiba-tiba mengambil kamera dan berselfie.

Secara ringkas, Slater telah meninggalkan kameranya tanpa pengawasan. Seekor monyet telah mengambilnya dan tergamam dengan bayangan yang ada di lensa kamera. Secara tiba-tiba kamera itu terjatuh ke atas tanah secara tidak sengaja.

Bunyi tersebut menarik perhatian monyet lain dan tidak lama selepas itu, kamera itu sudah dikelilingi oleh sekumpulan monyet. Slater berkata, mereka tertarik kepada lensa dan menunjukkan gigi mereka kearah lensa.



Seekor monyet menjadi begitu terpikat dengan bunyi yang dikeluarkan oleh kamera lalu dia bertalu-talu menekan butang tersebut. Tanpa monyet itu sedari, ia telah mengambil selfie haiwan yang paling menakjubkan yang pernah direkod.



Terbaru, gambar ini telah mengundang isu hak cipta apabila Wikipedia memuatnaik gambar tersebut ke lamannya, menjadikan gambar ini begitu popular. Slater telah cuba untuk menyaman Wikipedia tetapi tidak dibenarkan oleh mahkamah kerana monyet itu yang mengambil gambar selfie, bukan Slater

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog