Friday, 22 August 2014

Awas! Taktik pemangsa kumpul gambar wanita guna laman sosial


Tak kami sangka ada juga manusia yang sanggup mempermain-mainkan perasaan wanita dengan menawarkan mereka untuk menjadi model tetapi nyata harapan itu hanya palsu.

Apa yang mereka mahu hanyalah gambar wanita tersebut dalam pose-pose tertentu mungkin untuk dijadikan sebaran di internet.

Mereka juga menggunakan ayat-ayat manis bagi membuatkan mangsa merasa tidak bersalah untuk menggayakan pose-pose yang mengghairahkan.

Mereka ini menggunakan wanita di laman sosial, kemudian memulakan hubungan dengan mereka menggunakan chat di Facebook dan setelah itu mula memperkenalkan diri mereka sebagai jurugambar. Kemudian, mereka akan buat-buat mencari bakat model dan menyuruh wanita mengambil gambar mereka sendiri kononnya sebagai 'audition'.




Setelah berjaya, mereka akan memuatnaik gambar-gambar seksi tersebut di laman-laman web tertentu untuk menarik pengunjung ke laman berkenaan.

Setelah disiasat, ternyata 'jurufoto' tersebut menggunakan nama dan gambar profil palsu. Penipu itu menggunakan gambar 'dia' bersama dengan Siti Nurhaliza untuk menarik mangsa mempercayai yang dia adalah jurufoto professional, sedangkan pemilik asal gambar tersebut kini menggunakan imej  profil lain.

Kepada gadis yang ada memasang hajat untuk menjadi model, berhati-hatilah dengan usaha mereka yang dayus ini  Jangan sesekali kongsi gambar anda kepada lelaki yang anda tidak pernah kenal secara fizikal.- SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog