Thursday, 21 August 2014

Tembak diri kerana cinta terhalang

Sanaa (Yaman): Seorang gadis berusia 18 tahun mati selepas menembak dirinya dengan pistol milik bapanya kerana berasa kecewa dilarang oleh keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihannya.
Ibu bapa dan abang remaja berkenaan memaksanya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka tetapi mangsa berkata dia mencintai lelaki lain.

Jawapan itu menimbulkan kemarahan abangnya yang kemudian memukul remaja berkenaan.
Dia tidak diberi pilihan selain berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

Selepas dipukul, remaja terbabit meluru masuk ke dalam bilik dan mengambil pistol milik bapanya lalu menembak kepalanya. Dia mati di tempat kejadian. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog